Rabu, 28 Oktober 2009
bola oh bola..
Selasa, 27 Oktober 2009
menghitung hari...
:: kalender yg slalu kena conteng::
Isnin, 26 Oktober 2009
brg babyku..
:: nie tuala baby::
:: baju baby yg sgt comel,.kena beli banyak warne putih pasni::
-
:: nie baju yg dibeli oleh ayah dia..suka sgt beli baju baby boy::
-
:: kasut nie pun ayah dia yg beli..warne pun biru..alahai comei sgt::
-
:: sarung tgn dan kaki yg pelbagai warna..haha::
Isnin, 19 Oktober 2009
Sakit lg..
Sekarang nie time mengandung pulak kena demam + sakit pale..hari tue dah jumpe doktor minggu lepas, doktor kata tak panas sangat mungkin sebab perubahan hormon je..so malas la nak makan ubat sebab tak demam teruk sangat..nasib baik hubby rajin nak tolong lapkan badan ngan tuala basah..ada rasa kurang sikit panas di badan nie..alhamdulillah..
Tapi semalam demam nie datang lagi..panas sungguh badan nie hanya tuhan je yang tahu..tidur sampai kena pasang air-corn+ kipas..cian kat hubby dia kena tidur dengan selimut sebab kesejukan..tidur saya pun tak berapa lena, last2 kena juga letakkan tuala basah kat kepala untuk kurangkan sikit panas nie..makan panadol dan air banyak-banyak..hari nie kena juga ajak hubby pi klinik sebab risau kesihatan baby dalam perot nie kalau dibiarkan lama-lama..Harap saya cepat sembuh dan kuat semangat untuk lalui fasa-fasa kehidupan bergelar seorang ibu!!!
Khamis, 17 September 2009
biskut raya..
::Biskut Almond::
:: Biskut Mavellous ::
Rabu, 9 September 2009
Puasa lagi
Time2 puasa nie agak letih dan rasa malas je nak bekerja. Nasib baik kerja tak terlalu banyak di opis, jadi bolehlah ambil kesempatan rehatkan diri. Tak pun melayari internet sampai waktu balik...heheh..cume malas nak updates blog je..
Rasa tak sabar nak tunggu waktu balik kul 4 petang nanti, nak singgah baazar ramadhan nak cari kueh kegemaran saya...popia + kueh seri muka + roti jala....alahai rasa lapar pulak perut nie tiba-tiba.... Semalam sempat singgah kat Pizza Hut siap oder 2 regular pizza + 4 sup mushroon untuk family kat umah...sampai sahur masih ada lagi pizza tue sebab dah terlalu kenyang time berbuka. last2 saya dengan hubby juga yang kena habiskan...hehehe..pasni takleh beli banyak2..last2 membazir je..
Khamis, 27 Ogos 2009
Ramadhan di daerah kelahiran..
Ahad, 23 Ogos 2009
Salam Ramadhan buat semua...
~arap2lah dapat pose penuh bulan ini..Insyallah...
Ahad, 16 Ogos 2009
Sayangi diri..
Ahad, 12 Julai 2009
Hilang Hp?
Pakcik : Ada nampak tak hp saya atas meja kat situ?
pemilik gerai: takde...(dengan selamba je menjawab)
Saya yang sedang berselera makan terus berhenti menyuap makanan...saya rasa ingin tahu apa yang berlaku pada pakcik nie. Kebetulan juga pakcik nie terpandang saya.
saya : kenapa pakcik?
Pakcik : hp pakcik hilang..letak atas meja tue..baru je kejap bangun nak bayar dah
takde...
Kemudian sampuk plak pemilik gerai tue, dia cakap try misscall la dengan pakcik tue...dalam pikiran saya macam mana la pakcik nie tadi nak misscall hp dia sedangkan hp dia dah hilang..kawan saya yang ada semeja menghulurkan hpnya untuk digunakan oleh pakcik tadi..dia cuba dail no telepon nya..kali pertama tidak berjawab dan kali kedua pun tidak berjawab..dalam hati saya sahlah hp pakcik nie dah kena copek dengan si empunya diri yang tak bertanggungjawab dan tiada belas kasihan..
saya sungguh simpati dengan pakcik tue yang datang dari Shah Alam untuk hantar anaknya sambung pengajian di UiTM Kota Bahru. Sebelum berlalu sempat juga pakcik tue menelepon anaknya untuk bagtau hpnya hilang.
Saya pun tak pasti siapa gerangan insan yang sanggup mencuri hp pakcik nie..mungkin juga pekerja di gerai ini yang saya perhatikan dari tadi melihat reaksi saya dan pakcik nie..apapun saya tidak boleh menuduh tanpa sebarang bukti..orang kata rambut sama hitam tapi hati lain2..hanya Allah s.w.t je yang tahu siapa si pencopek tue....
Khamis, 25 Jun 2009
Warkah buat diriku..
sejauh perjalanan ini
apakah yang kau cari
dalam pengertian hidup yang sebenar
antara sejarah dan suratan
beginikah akhirnya...
p/s : ini adalah puisi garapan saya sendiri sekadar untuk melontarkan perasaan yang sedang mabuk dibuai kebosanan..
Rabu, 24 Jun 2009
try IQ test nie..
hari nie saya nak bg kwn2 try IQ tests nie..saya cuba IQ tests nie dkat 1 jam..last2 markahnya hanya dpt 100 markah je..heheh..apa pun seronok dapat basuh kembali minda saya yang dah lama tak gunakan sgt..hehe..selamat mencuba!!!
Free-IQTest.net - Free Online IQ Test
Isnin, 15 Jun 2009
secebis kenangan indah..
takde mood..
Rabu, 10 Jun 2009
Soto Johor
Hari nie cuti sempena Keputeraan Agong..saya dah cadang dengan hubby nak masak satu menu special yang di bawa khas dari negeri kelahiran saya, Johor. Dah lama saya teringin nak makan menu nie apatah lagi sekarang nie tengah berbadan dua..tentu baby pun nak rasa juga..heheh..tu je alasan saya kalo nak makan macam2. menunya kalo nak tahu mesti la SOTO JOHOR yang menjadi favorite saya sejak kecik lagi. Kebetulan saya baru je balik kampung di Muar Johor, sempat juga mak bekalkan rempah soto nie untuk saya bawa balik ke umah. Yerlah mana tahu saya nak masak ke..mak pun tahu saya suka masak..so apa salahnya saya mencuba Soto Johor nie untuk dihidangkan wat orang-orang klate...hehehe..terutamanya wat suami serta family hubby di Kota Bahru nie...kalo nak tahu bahan-bahannya jom baca kat bawah nie...
Jeng...jeng..jeng...dan inilah hasilnya......
Rabu, 3 Jun 2009
aduhai alahan je..
Isnin, 1 Jun 2009
gi hospital..
Ahad, 31 Mei 2009
Bakal jadi ibu..
Isnin, 18 Mei 2009
Selamat Hari Guru
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat HARI GURU yang disambut setiap tahun pada 16 MEI 2009. Ucapan Hari Guru ini ditujukan pada semua guru-guru di Malaysia dan yang pernah bergelar guru. Nak ucap gak Hari Guru ni pada ayah saya yang juga bekas guru. Darah pendidik juga mengalir dalam diri saya..kerana saya juga seorang guru..wat teman-teman yang pernah sama-sama menuntut di Institut Perguruan Tun Hussien Onn, Batu Pahat Johor (IPTHO) KPLI 2008..Selamat Hari Guru yee..mesti korang seronok dapat mengajar kan..saya? alahai, panjang citernye...Windu rasanya berada di sekolah dan bergelar pendidik..windu pada anak-anak murid yang comel dan nakal-nakal....
Buat diri....SELAMAT HARI GURU...semoga terus tabah CIKGU...
Khamis, 14 Mei 2009
Makan nasi ulam..
Aduhai..kenyang perut saya dibuatnya..Berasa nak tido je pas makan banyak macam nie..dah tak nak balik opis dah..
Rabu, 13 Mei 2009
Pelik tapi benar...
Beg ke Pistol..mungkin idea nie boleh digunakan oleh bakal perombak
Isnin, 11 Mei 2009
Selamat Hari Ibu..
Juga buat ibu-ibu di seluruh dunia ini. Jadilah ibu yang terbaik buat anak-anakmu..
* semalam saya dan suami sudah berpakat untuk sambut Mother's day kat sebuah restoran..kitaorang makan Chim Chum..best sangat, malam tue my husband la kena belanja sbb saya dah hadiahkan mama dia baju blaus. cantik la juga..
Isnin, 27 April 2009
hari yang sebuk
19 April 2009
saya telah menghadiri temuduga untuk satu jawatan kosong di sebuah syarikat..pas interview tue, saya terus sahaja berjaya dan diberikan kerja hari itu juga. Alhamdulillah bersyukurnya saya..tak sangka doa saya dimakbulkan Allah s.wt. Bos suruh saya balik umah dulu dan suruh saya datang pukul 2 ptg kerana ada meeting dengan staff untuk adakan program di Bukit Keluang Resort Terengganu..saya dengan sukacitanya dilantik sebagai urusetia di sana. Gembiranya hati dapat berjalan..
25-26 April 2009
Pada tarikh ini saya telah pun berada di Bukit Keluang Resort Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang tidak la mengambil masa yang agak lama sekitar 1 jam sahaja. Bos telah mempelawa saya menaiki kereta Serentonya. Tetapi jangan salah sangka kerana saya bukan berdua ngan dia, tetapi ada seorang PAnya yang comel duduk di belakang bersebelahan saya serta seorang driver bos. Aktiviti paling best kat sana pastinya mendaki Bukit Keluang. Malam tue sempat tgk kat TV perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor + AF. Paling tak suka malam tue Klate kalah bola dan Aril kuar AF...
1 Mei 2009
Sambut hari pekerja kat umah je..tak dapat balik Johor sbb my husband tak dapat cuti lama. Untuk menghilangkan kebosanan dia rancang bawak saya pi Suarasa program TV 9 wat bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O'. Macam menarik je tgk kat TV...bila sampai sana..alahai ramainya orang...cuaca pun panas terik..rasa betul2 tak selesa. Pusing2 pastu beli makanan sikit..takkan nak balik tgn kosong je..apa pulak kata org kat umah tue..kesimpulannya takde artis pun saya jumpa...bosan jer..
4-5 Mei 2009
Tarikh ini pun sebuk gak..masa nie berlangsung kursus IT bagi anak syarikat PKB yang diadakan di ACDC. selaku urusetia kena pi sana sini untuk memastikan program nie berjalan dengan lancar. Orang tgk program ini ok je tapi diaorang tak tahu betapa peritnya nak buat program macam nie. Bos kita hanya tahu benda nie berjalan dengan baik tapi dia sendiri tak datang untuk tgk hasil kerja yang kita sendiri dah jayakan dengan baik. Tapi apa pun saya dapat pengalaman baru dan pengetahuan yang tak dapat saya kutip di tepi jalan..
Sabtu, 18 April 2009
Percutian Indah di GuangZhou..
Setelah empat jam mengharungi perjalanan dengan pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur, ketibaan ke Guangzhou dalam wilayah Guangdong menyimpan pelbagai rasa di dalam jiwa. Menyorot sejarah, ibu kota Guangdong iaitu Guangzhou telah sekian lama menjadi pelabuhan termasuk ketika China mengamalkan dasar tutup pintu. Boleh dikatakan di situlah terletaknya pintu gerbang masuk dan keluar ke negara China pada masa itu. Ada satu ketika pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), Guangzhou yang menempatkan Delta Pearl River merupakan satu-satunya pelabuhan untuk perdagangan asing di China dan ia berlanjutan selama 83 tahun. Dengan itu, tidak hairanlah mengapa terdapat sebilangan besar bangsa Cina yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia berasal dari wilayah ini.
Guangzhou terletak di tepi utara Sungai Mutiara(Pearl River). Walaupun terletak di lokasi tertua tetapi Guangzhou tetap menjadi pusat perdagangan dan kedudukan pemerintahan terpenting. Di antara monumen terbaik di ini ialah Muzium Pemerintah Kota Guangzhou, Masjid Huai Sheng (dibangun pada 627 M) dianggap masjid tertua di China, Tugu Dr Sun Yat Sen dan banyak lagi. Apa yang unik, GuangZhou ini merupakan sebuah daerah tetapi majunya kota ini 2kali ganda daripada kemajuan yang ada di Kuala Lumpur. Ini kerana kota ini sudah lama wujud sejak 214 sm lagi. Saya begitu kagum dengan kata-kata pemandu pelancong kami yang merupakan anak Malaysia tetapi sudah berkahwin dengan anak tempatan di sini dan sudah 2 tahun menetap di kota ini., Katanya China hanya mengambil masa 40 tahun untuk membangunkan negaranya menjadi sebuah negara yang maju seperti sekarang. Saya kagum dengan kesungguhan dan pemikiran orang cina yang selalu ingin maju ke depan.
:: Teksi Di Guangzhou::
4 hari 3 malam berada di Kota Guangzhou ini pastinya banyak pengalaman baru saya kutip dan simpankan dalam kenangan yang sukar dilupakan. Sebelum pulang sempat juga saya dan suami membeli berapa helai kain sutera China, beg tangan kulit, jam tangan dan barangan cenderahati untuk di bawa pulang..
::Rumah bawah tanah::
:: bergambar berlatarkan masjid Huai Sheng (Masjlid Tertua) ::
Selasa, 14 April 2009
siapa saya?
Sabtu, 11 April 2009
Sekolah atas tembok
Tetapi tidak ada sesape dapat menolak perasaan tenteram yang akan wujud apabila kita sendiri berada di sana. Duduk dia atas jalan atau kaki lima dan celah-celah bangunan. Duduk berhimpit dengan makcik-makcik, kakak-kakak dan anak-anak kecil tidak pula merimaskan sebaliknya memberikan kesedaran betapa ramai saudara seIslam yang kita punyai .
Di mana lagi tempat dalam Malaysia yang dapat direkodkan para muslimin dan muslimat dan kadang-kadang sahabat-sahabat bukan Islam duduk bersila atas jalan bertar atau lebih tepat jalan raya dengan berhamparkan kertas surat khabar untuk mendengar ceramah agama?
Hari Jumaat sudah menjadi budaya masyarakat kelantan untuk mencari ilmu agama. Manakala menyampaikan kuliah pagi Jumaat ini telah menjadi "makanan ruji" Tok Guru sejak tahun 60-an hingga sekarang.
Kata Tok Guru dalam ceramahnya : " Kita jadikan jalan ini medan hidayat dan Medan Selera. Jalan raya tempat kereta dan orang lalu lalang kita gunakan untuk belajar, biar orang nampak ada kuliah atas tembok, satu benda pelik yang tak ada di negeri lain dan hanya ada di negeri kelantan. kalau orang tiru kita dapat pahala", Kata Tok Guru tujuan ditutup Jalan Dato' Pati setiap pagi Jumaat.
Ramai yang membuat tohmahan Tok Guru suka mencemuh musuh politik beliau dalam kuliahnya. Tidak dinafikan, sudah tentu ada masa Tok Guru berbuat demikian. tidak logik jika isu yang berlegar dalam negara seperti rasuah tidak disentuh oleh seorang pemimpin seperti beliau. Tapi sebenarnya Tok guru lebih banyak menasihati khalayak agar mengingati perintah Allah dan RasulNya dan meninggalkan perkara dilarang. Kalu ada pihak terkena tempias terima saja la.
Sekitar jam 10.05 pg ceramah Tok Guru berakhir dengan bacaan doa yang diaminkan oleh ribuan yang hadir. Habis saja bacaan doa, orang ramai mula berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Tok Guru (bagi yang lelaki) ataupun menatap wajah pemimpin itu dari dekat. sebelum pulang saya sempat menyusup di celah-celah orang ramai bagi merakamkan beberapa keping gambar Tok Guru yang terbaik untuk dijadikan simpanan sebagai tatapan teman-teman.
Rabu, 8 April 2009
Air jus..
Hari tue blk Johor..dalam perjalanan blk my hubby kata kena lalu KL ssb ada hal yang nak kena selesaikan dulu..dari Muar ke Kl tak ambik masa yang lama sangat..2 jam 30 je dia bawak kete..fuh!!laju sungguh..plak tue bawak kete suzuki swift..aku yang lentuk kat kerusi sebelah rasa cam nak golek-golek je..kejap kat kanan..jap kat kiri..jap kat depan..huhuh..tue la keje aku kalo jalan jauh..mesti tido..dah sampai Kl pi singgah kat Ampang umah kak long dia...sebelum pi umah kak long..tetibe je tekak nie terasa haus sangat..rasa nak minum air jus je..hahah..nak kata mengidam tak lg la..kami pun terus singgah kat satu restoran nie..aku oder jus oren dan dia oder air limau..datang je oder punya la terkejut aku..
Punya la besar gelas jus oren aku ngan jus limau dia..kenyang perut aku dibuatnya minum jus nie..puas aku minum...jeles suami aku..
:: Jus limau & Jus Oren ::
Tak patut betul..
tak ader yang seronok sangat nak buat..
pagi-pagi macam biasa pas solat subuh berjemaah ngan suami kira-kira kul 6.30 pg,, aku terus lentuk balik kat katil..erm..dia pn sama je cam aku..terasa berat je badan nak bangun awal sangat..pagi-pagi mcm nie mybe mama (panggilan utk mak mertua) tgh busy masak or siapkan yatie (adek iparku plg bongsu) nak pi skolah..
aku biasa bangun tak tentu,,kadang-kadang kul 7.30 pg n kadang-kadang tue kul 8 pagi..hehe..
selamba je wat perangai malas kat umah mertua..biasa la wat macam rumah sendiri plak.
Hari nie bangun awal sikit..kul 7.45 pg suamiku dah bangun pi mandi..tunggu dia bersiap nak pi keje..keje dia start kul 8.30 pg..siap-siap dalam kul 8pg dah siap pakai baju..erm...smart dia ari nie..pakai je baju apa yang ada..kemeja petak warna koko,,dan seluar warna koko...tak cerewat sangat..pakai baju n seluar tak gosok..alahai kesiannyer..isteri sapa la yang malas nak gosok baju agakanya..dia cakap takpe,kebas-kebas je terus pakai tp nampak ensem juga..heheh..tp keje enginer kena la kemas juga sbb jumpa ramai orang..aku plak yang rasa malu n tak patut..apa la aku nie..
Selasa, 7 April 2009
Sebuah Puisi Keabadian
Sebuah Puisi keabadian
ku singkap ruang jendela...
terpapar rungkai-rungkai debu hitam
cemas..rimas..lemas..
tercunggap mendakap udara tandus
melempar jauh ke dasar lutsinar hati
kelu.....bisu...kaku...
aku yang terpaku..
* Ini adalah puisi abstrak yang sempat aku nukilkan dalam masa 2 minit je..hehe..tp bukan untuk sesapa, sekadar untuk 'membasuh' kembali bakat yang dah lapuk..suka dengar Datuk A. Samad Said berpuisi.