Lilypie First Birthday tickersNotes:

Sabtu, 18 April 2009

Percutian Indah di GuangZhou..

Awan putih tidak kelihatan ketika kami sampai di lapangan terbang antarabangsa Baiyun, Guangzhou di China baru-baru ini. Ini kerana ketika kami tiba, malam sudah lama berlabuh. cuaca di sana berada sekitar 21-22 C. Tidaklah terlalu sejuk kerana sekarang ini musim bunga. Nama Baiyun di dalam bahasa Cina bermaksud awan putih. Ini merupakan kali pertama saya dan family suami melancong ke GuangZhou. Tetapi buat ayah mertua, dia sudah kali kedua ke sini. Sebab itu lah dia merancang membawa kami semua ke sini. Tentunya sebuah pengalaman indah yang tidak dapat digambarkan dalam fikiran andai kita sendiri yang menjejaki ke kota lama ini.

Setelah empat jam mengharungi perjalanan dengan pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur, ketibaan ke Guangzhou dalam wilayah Guangdong menyimpan pelbagai rasa di dalam jiwa. Menyorot sejarah, ibu kota Guangdong iaitu Guangzhou telah sekian lama menjadi pelabuhan termasuk ketika China mengamalkan dasar tutup pintu. Boleh dikatakan di situlah terletaknya pintu gerbang masuk dan keluar ke negara China pada masa itu. Ada satu ketika pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), Guangzhou yang menempatkan Delta Pearl River merupakan satu-satunya pelabuhan untuk perdagangan asing di China dan ia berlanjutan selama 83 tahun. Dengan itu, tidak hairanlah mengapa terdapat sebilangan besar bangsa Cina yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia berasal dari wilayah ini.

Guangzhou terletak di tepi utara Sungai Mutiara(Pearl River). Walaupun terletak di lokasi tertua tetapi Guangzhou tetap menjadi pusat perdagangan dan kedudukan pemerintahan terpenting. Di antara monumen terbaik di ini ialah Muzium Pemerintah Kota Guangzhou, Masjid Huai Sheng (dibangun pada 627 M) dianggap masjid tertua di China, Tugu Dr Sun Yat Sen dan banyak lagi. Apa yang unik, GuangZhou ini merupakan sebuah daerah tetapi majunya kota ini 2kali ganda daripada kemajuan yang ada di Kuala Lumpur. Ini kerana kota ini sudah lama wujud sejak 214 sm lagi. Saya begitu kagum dengan kata-kata pemandu pelancong kami yang merupakan anak Malaysia tetapi sudah berkahwin dengan anak tempatan di sini dan sudah 2 tahun menetap di kota ini., Katanya China hanya mengambil masa 40 tahun untuk membangunkan negaranya menjadi sebuah negara yang maju seperti sekarang. Saya kagum dengan kesungguhan dan pemikiran orang cina yang selalu ingin maju ke depan.

kalau kita sendiri berada di negara ini pastinya kita sendiri rasa ketinggalan. Betapa pemikiran mereka sudah jauh ke depan dari kita. Apa yang menarik di sini kerajaan China tidak membenarkan penduduknya menggunakan motosikal untuk mengelakkan berlakunya kes ragut atau kecurian. Tindakan yang dilaksanakan ini sememangnya berkesan kerana ramai penduduk di sini mengunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas elektrik, LRT dan kenderaan sendiri. Suatu yang menarik apabila kita sendiri dapat berjalan beramai-ramai dengan rakyat tempatan kerana sudah menjadi tabiat mereka suka berjalan. Tunggu sahaja waktu mereka balik dari kerja pastinya manusia ibarat ulat-ulat kecil yang bertaburan di jalan raya. Begitu ramainya manusia di sini. Oleh kerana kerajaan tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai di Guangzhou, kerajaan mereka telah menetapkan setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja. hah..kalau mereka tidak mengikut syarat ini pastinya mereka akan dikenakan denda yang sangat tinggi. Bagi yang berkemampuan untuk membayar denda itu bukan masalah yang besar bagi mereka.

:: Teksi Di Guangzhou::

4 hari 3 malam berada di Kota Guangzhou ini pastinya banyak pengalaman baru saya kutip dan simpankan dalam kenangan yang sukar dilupakan. Sebelum pulang sempat juga saya dan suami membeli berapa helai kain sutera China, beg tangan kulit, jam tangan dan barangan cenderahati untuk di bawa pulang..

::Rumah bawah tanah::

:: bergambar berlatarkan masjid Huai Sheng (Masjlid Tertua) ::

Tiada ulasan: