Lilypie First Birthday tickersNotes:

Sabtu, 11 April 2009

Sekolah atas tembok

Satu perasaan yang unik dan sukar digambarkan bagi sesiapa yang mengikuti kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bahru, Serambi Mekah. Bukan sebagai iklan atau propaganda ataupun bodekan dan pujaan terhadap mursyidul Am Pas itu. Saya sendiri yang hadir di medan ilmu itu begitu teruja dan tidak sabar-sabar menatap wajah bersih pemimpin tersohor itu. Pagi Jumaat ni, suami saya mengajak untuk mendengar ceramah Tok Guru kerana sejak saya tinggal di sini belum pernah lagi saya mengikutnya mendengar ceramah seperti itu. Memang sepanjang hidup saya tidak pernah lagi saya mendengar ceramah Tok Guru di dalam Tv apatah lagi bersua muka dengannya. Tentu sekali nie peluang yang sukar untuk dilepaskan kerana saya sendiri begitu kagum dengan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Tetapi tidak ada sesape dapat menolak perasaan tenteram yang akan wujud apabila kita sendiri berada di sana. Duduk dia atas jalan atau kaki lima dan celah-celah bangunan. Duduk berhimpit dengan makcik-makcik, kakak-kakak dan anak-anak kecil tidak pula merimaskan sebaliknya memberikan kesedaran betapa ramai saudara seIslam yang kita punyai .
saya dan suami sampai agak lewat sekitar jam 9.40 pagi..agak terlepas untuk mendengar ceramah Tok Guru yang baru bermula pukul 9.30 pg lagi. Dalam sesak-sesak mencari ruang untuk duduk dicelah-celah orang ramai yang sedang khusyuk mendengar ceramah, nasib menyebelahi kami apabila seorang makcik mempelawa saya dan suami duduk di saki baki atas tikarnya. Duduk betul-betul di hadapan Tok Guru..tapi agak nun jauh ke belakang. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat menatap sekilas wajah Tok Guru sewaktu memberi ceramah walaupun butir kata-katanya adakalanya sukar difahami (dialek klate).

Di mana lagi tempat dalam Malaysia yang dapat direkodkan para muslimin dan muslimat dan kadang-kadang sahabat-sahabat bukan Islam duduk bersila atas jalan bertar atau lebih tepat jalan raya dengan berhamparkan kertas surat khabar untuk mendengar ceramah agama?


Hari Jumaat sudah menjadi budaya masyarakat kelantan untuk mencari ilmu agama. Manakala menyampaikan kuliah pagi Jumaat ini telah menjadi "makanan ruji" Tok Guru sejak tahun 60-an hingga sekarang.
Kata Tok Guru dalam ceramahnya : " Kita jadikan jalan ini medan hidayat dan Medan Selera. Jalan raya tempat kereta dan orang lalu lalang kita gunakan untuk belajar, biar orang nampak ada kuliah atas tembok, satu benda pelik yang tak ada di negeri lain dan hanya ada di negeri kelantan. kalau orang tiru kita dapat pahala", Kata Tok Guru tujuan ditutup Jalan Dato' Pati setiap pagi Jumaat.

Ramai yang membuat tohmahan Tok Guru suka mencemuh musuh politik beliau dalam kuliahnya. Tidak dinafikan, sudah tentu ada masa Tok Guru berbuat demikian. tidak logik jika isu yang berlegar dalam negara seperti rasuah tidak disentuh oleh seorang pemimpin seperti beliau. Tapi sebenarnya Tok guru lebih banyak menasihati khalayak agar mengingati perintah Allah dan RasulNya dan meninggalkan perkara dilarang. Kalu ada pihak terkena tempias terima saja la.


Sekitar jam 10.05 pg ceramah Tok Guru berakhir dengan bacaan doa yang diaminkan oleh ribuan yang hadir. Habis saja bacaan doa, orang ramai mula berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Tok Guru (bagi yang lelaki) ataupun menatap wajah pemimpin itu dari dekat. sebelum pulang saya sempat menyusup di celah-celah orang ramai bagi merakamkan beberapa keping gambar Tok Guru yang terbaik untuk dijadikan simpanan sebagai tatapan teman-teman.

Tiada ulasan: