Lilypie First Birthday tickersNotes:

Isnin, 27 April 2009

hari yang sebuk

Rasanyer sudah lebih 2 minggu saya tidak menulis ceritera-ceritera baru kat blog saya nie..sebenarnya banyak sangat pekara yang berlaku dalam tempoh-tempoh nie. Oleh kerana terlalu sebuk, maka tidak sempat la saya nak menjenggah ke blog nie..


19 April 2009

saya telah menghadiri temuduga untuk satu jawatan kosong di sebuah syarikat..pas interview tue, saya terus sahaja berjaya dan diberikan kerja hari itu juga. Alhamdulillah bersyukurnya saya..tak sangka doa saya dimakbulkan Allah s.wt. Bos suruh saya balik umah dulu dan suruh saya datang pukul 2 ptg kerana ada meeting dengan staff untuk adakan program di Bukit Keluang Resort Terengganu..saya dengan sukacitanya dilantik sebagai urusetia di sana. Gembiranya hati dapat berjalan..

25-26 April 2009

Pada tarikh ini saya telah pun berada di Bukit Keluang Resort Terengganu. Perjalanan dari Kota Bharu ke Bukit Keluang tidak la mengambil masa yang agak lama sekitar 1 jam sahaja. Bos telah mempelawa saya menaiki kereta Serentonya. Tetapi jangan salah sangka kerana saya bukan berdua ngan dia, tetapi ada seorang PAnya yang comel duduk di belakang bersebelahan saya serta seorang driver bos. Aktiviti paling best kat sana pastinya mendaki Bukit Keluang. Malam tue sempat tgk kat TV perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor + AF. Paling tak suka malam tue Klate kalah bola dan Aril kuar AF...

1 Mei 2009

Sambut hari pekerja kat umah je..tak dapat balik Johor sbb my husband tak dapat cuti lama. Untuk menghilangkan kebosanan dia rancang bawak saya pi Suarasa program TV 9 wat bersama rancangan Nasi Lemak Kopi O'. Macam menarik je tgk kat TV...bila sampai sana..alahai ramainya orang...cuaca pun panas terik..rasa betul2 tak selesa. Pusing2 pastu beli makanan sikit..takkan nak balik tgn kosong je..apa pulak kata org kat umah tue..kesimpulannya takde artis pun saya jumpa...bosan jer..


4-5 Mei 2009

Tarikh ini pun sebuk gak..masa nie berlangsung kursus IT bagi anak syarikat PKB yang diadakan di ACDC. selaku urusetia kena pi sana sini untuk memastikan program nie berjalan dengan lancar. Orang tgk program ini ok je tapi diaorang tak tahu betapa peritnya nak buat program macam nie. Bos kita hanya tahu benda nie berjalan dengan baik tapi dia sendiri tak datang untuk tgk hasil kerja yang kita sendiri dah jayakan dengan baik. Tapi apa pun saya dapat pengalaman baru dan pengetahuan yang tak dapat saya kutip di tepi jalan..

Sabtu, 18 April 2009

Percutian Indah di GuangZhou..

Awan putih tidak kelihatan ketika kami sampai di lapangan terbang antarabangsa Baiyun, Guangzhou di China baru-baru ini. Ini kerana ketika kami tiba, malam sudah lama berlabuh. cuaca di sana berada sekitar 21-22 C. Tidaklah terlalu sejuk kerana sekarang ini musim bunga. Nama Baiyun di dalam bahasa Cina bermaksud awan putih. Ini merupakan kali pertama saya dan family suami melancong ke GuangZhou. Tetapi buat ayah mertua, dia sudah kali kedua ke sini. Sebab itu lah dia merancang membawa kami semua ke sini. Tentunya sebuah pengalaman indah yang tidak dapat digambarkan dalam fikiran andai kita sendiri yang menjejaki ke kota lama ini.

Setelah empat jam mengharungi perjalanan dengan pesawat AirAsia dari Kuala Lumpur, ketibaan ke Guangzhou dalam wilayah Guangdong menyimpan pelbagai rasa di dalam jiwa. Menyorot sejarah, ibu kota Guangdong iaitu Guangzhou telah sekian lama menjadi pelabuhan termasuk ketika China mengamalkan dasar tutup pintu. Boleh dikatakan di situlah terletaknya pintu gerbang masuk dan keluar ke negara China pada masa itu. Ada satu ketika pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), Guangzhou yang menempatkan Delta Pearl River merupakan satu-satunya pelabuhan untuk perdagangan asing di China dan ia berlanjutan selama 83 tahun. Dengan itu, tidak hairanlah mengapa terdapat sebilangan besar bangsa Cina yang berhijrah ke seluruh pelosok dunia berasal dari wilayah ini.

Guangzhou terletak di tepi utara Sungai Mutiara(Pearl River). Walaupun terletak di lokasi tertua tetapi Guangzhou tetap menjadi pusat perdagangan dan kedudukan pemerintahan terpenting. Di antara monumen terbaik di ini ialah Muzium Pemerintah Kota Guangzhou, Masjid Huai Sheng (dibangun pada 627 M) dianggap masjid tertua di China, Tugu Dr Sun Yat Sen dan banyak lagi. Apa yang unik, GuangZhou ini merupakan sebuah daerah tetapi majunya kota ini 2kali ganda daripada kemajuan yang ada di Kuala Lumpur. Ini kerana kota ini sudah lama wujud sejak 214 sm lagi. Saya begitu kagum dengan kata-kata pemandu pelancong kami yang merupakan anak Malaysia tetapi sudah berkahwin dengan anak tempatan di sini dan sudah 2 tahun menetap di kota ini., Katanya China hanya mengambil masa 40 tahun untuk membangunkan negaranya menjadi sebuah negara yang maju seperti sekarang. Saya kagum dengan kesungguhan dan pemikiran orang cina yang selalu ingin maju ke depan.

kalau kita sendiri berada di negara ini pastinya kita sendiri rasa ketinggalan. Betapa pemikiran mereka sudah jauh ke depan dari kita. Apa yang menarik di sini kerajaan China tidak membenarkan penduduknya menggunakan motosikal untuk mengelakkan berlakunya kes ragut atau kecurian. Tindakan yang dilaksanakan ini sememangnya berkesan kerana ramai penduduk di sini mengunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas elektrik, LRT dan kenderaan sendiri. Suatu yang menarik apabila kita sendiri dapat berjalan beramai-ramai dengan rakyat tempatan kerana sudah menjadi tabiat mereka suka berjalan. Tunggu sahaja waktu mereka balik dari kerja pastinya manusia ibarat ulat-ulat kecil yang bertaburan di jalan raya. Begitu ramainya manusia di sini. Oleh kerana kerajaan tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai di Guangzhou, kerajaan mereka telah menetapkan setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja. hah..kalau mereka tidak mengikut syarat ini pastinya mereka akan dikenakan denda yang sangat tinggi. Bagi yang berkemampuan untuk membayar denda itu bukan masalah yang besar bagi mereka.

:: Teksi Di Guangzhou::

4 hari 3 malam berada di Kota Guangzhou ini pastinya banyak pengalaman baru saya kutip dan simpankan dalam kenangan yang sukar dilupakan. Sebelum pulang sempat juga saya dan suami membeli berapa helai kain sutera China, beg tangan kulit, jam tangan dan barangan cenderahati untuk di bawa pulang..

::Rumah bawah tanah::

:: bergambar berlatarkan masjid Huai Sheng (Masjlid Tertua) ::

Selasa, 14 April 2009

siapa saya?

tiada apa yg menarik tentang saya.. tpi kalo rase-rase nak tahu baca la entry nie..
nama :
ada serupa cam sorg artis malaysia nie..tp takleh bgtahu la rahsia..
umo :
muda lg la...lum masuk 30thn yek..kira nie kategori muda remaja la..huhu
status :
nie yg malas nak bgtahu..coz takut peminat lari plak..hehe.. yerla2 kena bagtau juga takut ada
yang terpikat ke..ermm..sudah berkahwin
anak:
nape plak nak tahu..lum ada rezeki lagi...tp dalam perancangan..rasa-rasa cam nak banyak, baru la meriah suasana umah nnt.. tp tak lebih 10 org la..
minat :
minat saya mmg banyak sgt..plg minat kalo dapat pi melancong kat luar negara. tp setakat nie br pi China je..tue pun org taja..hehe tp satu nie yang wat suami syg..erm..minat masak..
setakat nie masak lauk-lauk ok lg.. kalo wat kueh ke..tak tahu la nape selalu tak jd.. msti kena buang je..
pekerjaan :
dulu saya takde pun cita-cita nak jd apa..tp bila dah besar nie minat nak meniaga plak..nak jd usahawan wanita yang berjaya..konon la.. oleh kerana takde modal..akhirnye saya keje juga..
jd cikgu ok la tue..sib baik cikgu skolah rendah je..pening pale dgn bdk2 nie..
rupa :
rupa nie adala menarik juga sekali dipandang..banyak kali pandang pn tetap menarik.. hehe.. suami saya ckp muka saya cam Agnes Monica.. tp bila tgk cermin banyak kali rupa cam Erra fazira pn ada.. kadang2 cam Nora Danish pn ada..tak tahu la..
Tak tahu la apa lg saya nak ckp tentang diri saya nie..setakat nie saje yang sempat saya bgtahu.. sebenarnya banyak sangat nak tulis tp takut bosan plak membaca..takpe la lain kali je..

Sabtu, 11 April 2009

Sekolah atas tembok

Satu perasaan yang unik dan sukar digambarkan bagi sesiapa yang mengikuti kuliah pagi Jumaat Tuan Guru Menteri Besar kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bahru, Serambi Mekah. Bukan sebagai iklan atau propaganda ataupun bodekan dan pujaan terhadap mursyidul Am Pas itu. Saya sendiri yang hadir di medan ilmu itu begitu teruja dan tidak sabar-sabar menatap wajah bersih pemimpin tersohor itu. Pagi Jumaat ni, suami saya mengajak untuk mendengar ceramah Tok Guru kerana sejak saya tinggal di sini belum pernah lagi saya mengikutnya mendengar ceramah seperti itu. Memang sepanjang hidup saya tidak pernah lagi saya mendengar ceramah Tok Guru di dalam Tv apatah lagi bersua muka dengannya. Tentu sekali nie peluang yang sukar untuk dilepaskan kerana saya sendiri begitu kagum dengan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Tetapi tidak ada sesape dapat menolak perasaan tenteram yang akan wujud apabila kita sendiri berada di sana. Duduk dia atas jalan atau kaki lima dan celah-celah bangunan. Duduk berhimpit dengan makcik-makcik, kakak-kakak dan anak-anak kecil tidak pula merimaskan sebaliknya memberikan kesedaran betapa ramai saudara seIslam yang kita punyai .
saya dan suami sampai agak lewat sekitar jam 9.40 pagi..agak terlepas untuk mendengar ceramah Tok Guru yang baru bermula pukul 9.30 pg lagi. Dalam sesak-sesak mencari ruang untuk duduk dicelah-celah orang ramai yang sedang khusyuk mendengar ceramah, nasib menyebelahi kami apabila seorang makcik mempelawa saya dan suami duduk di saki baki atas tikarnya. Duduk betul-betul di hadapan Tok Guru..tapi agak nun jauh ke belakang. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat menatap sekilas wajah Tok Guru sewaktu memberi ceramah walaupun butir kata-katanya adakalanya sukar difahami (dialek klate).

Di mana lagi tempat dalam Malaysia yang dapat direkodkan para muslimin dan muslimat dan kadang-kadang sahabat-sahabat bukan Islam duduk bersila atas jalan bertar atau lebih tepat jalan raya dengan berhamparkan kertas surat khabar untuk mendengar ceramah agama?


Hari Jumaat sudah menjadi budaya masyarakat kelantan untuk mencari ilmu agama. Manakala menyampaikan kuliah pagi Jumaat ini telah menjadi "makanan ruji" Tok Guru sejak tahun 60-an hingga sekarang.
Kata Tok Guru dalam ceramahnya : " Kita jadikan jalan ini medan hidayat dan Medan Selera. Jalan raya tempat kereta dan orang lalu lalang kita gunakan untuk belajar, biar orang nampak ada kuliah atas tembok, satu benda pelik yang tak ada di negeri lain dan hanya ada di negeri kelantan. kalau orang tiru kita dapat pahala", Kata Tok Guru tujuan ditutup Jalan Dato' Pati setiap pagi Jumaat.

Ramai yang membuat tohmahan Tok Guru suka mencemuh musuh politik beliau dalam kuliahnya. Tidak dinafikan, sudah tentu ada masa Tok Guru berbuat demikian. tidak logik jika isu yang berlegar dalam negara seperti rasuah tidak disentuh oleh seorang pemimpin seperti beliau. Tapi sebenarnya Tok guru lebih banyak menasihati khalayak agar mengingati perintah Allah dan RasulNya dan meninggalkan perkara dilarang. Kalu ada pihak terkena tempias terima saja la.


Sekitar jam 10.05 pg ceramah Tok Guru berakhir dengan bacaan doa yang diaminkan oleh ribuan yang hadir. Habis saja bacaan doa, orang ramai mula berpusu-pusu untuk bersalaman dengan Tok Guru (bagi yang lelaki) ataupun menatap wajah pemimpin itu dari dekat. sebelum pulang saya sempat menyusup di celah-celah orang ramai bagi merakamkan beberapa keping gambar Tok Guru yang terbaik untuk dijadikan simpanan sebagai tatapan teman-teman.

Rabu, 8 April 2009

Air jus..

31 Mac 2009

Hari tue blk Johor..dalam perjalanan blk my hubby kata kena lalu KL ssb ada hal yang nak kena selesaikan dulu..dari Muar ke Kl tak ambik masa yang lama sangat..2 jam 30 je dia bawak kete..fuh!!laju sungguh..plak tue bawak kete suzuki swift..aku yang lentuk kat kerusi sebelah rasa cam nak golek-golek je..kejap kat kanan..jap kat kiri..jap kat depan..huhuh..tue la keje aku kalo jalan jauh..mesti tido..dah sampai Kl pi singgah kat Ampang umah kak long dia...sebelum pi umah kak long..tetibe je tekak nie terasa haus sangat..rasa nak minum air jus je..hahah..nak kata mengidam tak lg la..kami pun terus singgah kat satu restoran nie..aku oder jus oren dan dia oder air limau..datang je oder punya la terkejut aku..
Punya la besar gelas jus oren aku ngan jus limau dia..kenyang perut aku dibuatnya minum jus nie..puas aku minum...jeles suami aku..


:: Jus limau & Jus Oren ::

Tak patut betul..

hari nie macam biasa je rutin harianku..
tak ader yang seronok sangat nak buat..
pagi-pagi macam biasa pas solat subuh berjemaah ngan suami kira-kira kul 6.30 pg,, aku terus lentuk balik kat katil..erm..dia pn sama je cam aku..terasa berat je badan nak bangun awal sangat..pagi-pagi mcm nie mybe mama (panggilan utk mak mertua) tgh busy masak or siapkan yatie (adek iparku plg bongsu) nak pi skolah..

aku biasa bangun tak tentu,,kadang-kadang kul 7.30 pg n kadang-kadang tue kul 8 pagi..hehe..
selamba je wat perangai malas kat umah mertua..biasa la wat macam rumah sendiri plak.
Hari nie bangun awal sikit..kul 7.45 pg suamiku dah bangun pi mandi..tunggu dia bersiap nak pi keje..keje dia start kul 8.30 pg..siap-siap dalam kul 8pg dah siap pakai baju..erm...smart dia ari nie..pakai je baju apa yang ada..kemeja petak warna koko,,dan seluar warna koko...tak cerewat sangat..pakai baju n seluar tak gosok..alahai kesiannyer..isteri sapa la yang malas nak gosok baju agakanya..dia cakap takpe,kebas-kebas je terus pakai tp nampak ensem juga..heheh..tp keje enginer kena la kemas juga sbb jumpa ramai orang..aku plak yang rasa malu n tak patut..apa la aku nie..

Selasa, 7 April 2009

Sebuah Puisi Keabadian

Sebuah Puisi keabadian

ku singkap ruang jendela...
terpapar rungkai-rungkai debu hitam
cemas..rimas..lemas..
tercunggap mendakap udara tandus
melempar jauh ke dasar lutsinar hati
kelu.....bisu...kaku...
aku yang terpaku..



* Ini adalah puisi abstrak yang sempat aku nukilkan dalam masa 2 minit je..hehe..tp bukan untuk sesapa, sekadar untuk 'membasuh' kembali bakat yang dah lapuk..suka dengar Datuk A. Samad Said berpuisi.

Selamat kembali blog baru..

waa..seronok je rasa dapat mengisi ceritera-ceritera baru kat ruang blog baru aku yang comel nie..dulu aku rajin menaip pelbagai cerita kat blog lama..tp oleh kerana satu pekara ni yang pernah mengecewakan aku..terus aku menyepi.aku larikan diri dari dunia "blog" nie. ntah la terus aku malas aku nak kongsi kisah-kisah aku dengan sesapa. Sedih betul, blog lama tue terkubur begitu saje sebab dah lama sangat tak bukak-bukak sampai dah bersarang. Kali nie aku dah lupakan semua tue..rasa semangat nak menaip di blog nie makin menebal dalam diri aku..lagipun dah dapat semangat dari suami tercinta..heheh..terima kasih juga wat teman-teman yang banyak menyokong..da..