Lilypie First Birthday tickersNotes:

Isnin, 1 Jun 2009

gi hospital..

Hari nie dah start gi hospital wat pemeriksaan kalo2 ada penyakit ke..yerla tak lama lagi nak jadi ibu..so baby pun kena la sehat time pregnant nie..kalo pi hospital nie fikiran saya dah fikir macam2, paling tak suka kena suntik..ermm..takut sangat..dari kecik lagi takut sampai la dah jadi isteri orang nie. hari nie kena ambik darah dalam 10ml, urien test dan lain2 lagi..lambat sikit saya pi keje dah pukul 10 pg, begitu juga suami yang setia menunggu di sebelah..ramai sangat orang hari nie dengan pelbagai kerenah masing-masing. paling tak tahan menunggu lama kerana pesakit-pesakit nie dicampur sekali..tapi doktor ada seorang je..patutnya untuk ibu mengandung nie di tempatkan di bahagian yang lain baru la sistematik sikit..tak apa la..saya sabarkan diri kerana di sebelah saya ada seorang makcik tua yang agak lanjut usianya sabar menanti giliran. Tak sepatah pun merungut..lebih kurang 1 jam menunggu baru la sampai giliran saya pula..jumpa doktor cuma tak sampai 20 minit je..pastu ambik ubat. banyak juga ubat saya kena makan pasni..semuanya yang terbaik untuk anak saya nanti..bulan depan kena gi hospital lagi untuk scan perut saya..tak sabar pulak nak tengok apa anak mama nie wat...love u sayang.. :)

Tiada ulasan: