Lilypie First Birthday tickersNotes:

Rabu, 3 Jun 2009

aduhai alahan je..

Minggu nie rasa macam tak berapa sehat je..mungkin juga kerana selera makan yang semakin kurang..dulu kalo makan mesti tambah 2 pinggan.tp sejak berbadan dua nie selera makan makin menurun. sakit kepala juga semakin menjadi-jadi. ini lah antara punca berat badan saya menurun 1kg..kalo makan pun mesti rasa loya nak muntah balik..tp saya cuba juga tahankan diri supaya tak muntah..kalo muntah mesti perut saya jd kosong dan baby tak dapat khasiat apa yang saya makan. Kesian juga kat dia. untuk menu tengahari saya lebih selesa makan nasi kosong + sup sayur je..itu pun dah baik kerana ada selera nak telan nasi..pernah kawan di opis suami bagtahu dia tak boleh makan nasi selama 3 bulan..cuma makan buah-buahan je..kalo saya lg la tak boleh buat macam tue..rasa lagi lemah badan dan tidak ada tenaga untuk buat keje lain. Time pregnant nie saya rasa agak sensitif sikit..kadang2 benda yang kecil pun boleh wat hati saya tersentuh untuk menangis..ntah la mungkin inilah perasaan ibu yang orang lain tak dapat rasa..teringat pula masa dulu2 mak kita mengandungkan kita 9 bulan lamanya...

Tiada ulasan: