Lilypie First Birthday tickersNotes:

Khamis, 14 Mei 2009

Makan nasi ulam..

Hari ini pagi2 singgah dulu kat opis sbb hari nie hari khamis kena duk HQ untuk dengar tazkirah. Tazkirah kul 8.30 pg. Pastu ada meeting untuk program mentor mentee ngan staff..bincang punya bincang..tgk jam dekat kul 1 dah..dah janji ngan husband nak makan nasi ulam. Bukan saya yang ajak tapi 'Tok Ketuo'..hehe panggilan wat ayah mertua..nak wat bekwoh agaknya. Jarang sekali makan makan tengahari beramai2 macam nie..ada la 10 org semua nya. Kalau di Johor tak pernah saya dengar tentang Nasi Ulam nie..tp ini lah yang istimewanya makanan di Klate negeri kelahiran suami saya. Nasi Ulam nie sebenarnya sama macam nasi berlauk tapi yang bezanya ada pelbagai jenis ulam dihidangkan bersama lauk2 nie. Ulam2 nie plak tak pernah saya jumpa sebelum nie apatah lg nak makan. Biasanya kalo makan nasi berlaukkena la wat hidang baru puas nak makan.k-lauk pun boleh tahan best juga antaranya...

Ikan Merah Masak Lemak Nenas
Ikan Bakar + Budu
Sayur lemak
Sambal Lala
Ayam Bakar
Ikan Patin Masak Lemak
Ulam-ulaman yang pelbagai

Aduhai..kenyang perut saya dibuatnya..Berasa nak tido je pas makan banyak macam nie..dah tak nak balik opis dah..

1 ulasan:

SaLiNa berkata...

sdapnya..rindu nak balik kg...