Lilypie First Birthday tickersNotes:

Khamis, 27 Ogos 2009

Ramadhan di daerah kelahiran..

Malam ini hati saya benar-benar tidak sabar untuk pulang ke negeri kelahiran iaitu di Johor bumi selatan bagi meraikan Ramadhan Al-Mubarak berasa suami dan keluarga tercinta. Lama juga saya tidak menjejaki bumi Muar yang sememangnya tempat yang paling paling saya rindu. Terkenang ketika zaman sekolah dulu dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang penuh di atas meja. Semuanya disebabkan nafsu makan yang terlampau ketika saya sendiri berkunjung ke baazar Ramadhan. Mungkin kali ini tidak lah, saya cuma nak merasa masakan Johor air tangan mak sendiri. Oh..rindu sangat..apatah lagi saya yang sedang mengandungkan anak sulung pastinya mengidam pelbagai juadah yang tidak ada di tempat lain, terutamanya di Kelantan tempat saya menetap sekarang. Mana-mana pun masakan pasti ada bezanya...Orang kata, ke mana jauh kita pergi pasti terkenang juga masakan mak kita sendiri. Yelah dari kecik lagi lidah kita dah lali dengan rasa macam tue. Insyallah, semoga perjalanan saya dan suami berjalan dengan baik dan dipermudahkan Allah. S.W.T.

:: nie la Mee Bandung Muar yang plg famous kat Muar::

Ahad, 23 Ogos 2009

Salam Ramadhan buat semua...

Assalamualaikum....Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam di mana jua berada. Semoga segala amal dan ibadah yang kita laksanakan pada bulan yang mulia ini sentiasa mendapat ganjaran dan barakah dari Allah S.W.T. Amin...



~arap2lah dapat pose penuh bulan ini..Insyallah...

Ahad, 16 Ogos 2009

Sayangi diri..

Assalamulaikum dan hai buat member2 blog..lama sungguh saya tak mengisi entry2 yang menarik di blog saya. Bila hati dan mood terasa malas berhari-hari saya peramkan perasaan untuk kembali menulis. Ntah la terlalu banyak perkara yang berlaku di luar sana sehinggakan tidak muat blog nie untuk menulis tentang apa yang ada dalam pikiran saya.Terlalu padat!berita yang paling hangat diperkatakan sekarang nie pastinya penyakit yang menjadi ketakutan rakyat Malaysia, malah masyarakat dunia..sapa yang tak tahu tentang Influenza A (H1N1)yang dah meragut ramai nyawa...saya pun tak paham sangat kenapa tiba2 je penyakit nie menular kat negara kita yang majoritinya masyarakat Islam. Mungkin pada pengamatan saya, ini adalah salah satu ujian yang Allah S.W.T nak tunjukkan pada kita. Kenapa kita tak pikir dalam-dalam maksud disebaliknya. Apa yang kerajaan tahu hanya suruh kita pakai topeng dan jaga kebersihan supaya wabak ini tak merebak pada orang lain. Saya tak salahkan kerajaan semata-mata tetapi, realitinya kita sama-sama umat Islam. Patutnya kita sama-sama lah wat solat hajat dan doa tolak bala. Tak salah kalau kita mengingati antara satu sama lain kan?. kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh bebas berkata-kata...fikir-fikirkan...