Lilypie First Birthday tickersNotes:

Ahad, 12 Julai 2009

Hilang Hp?

Pagi ini rasa teringin sangat nak makan roti canai sardin...apatah lagi perut tidak berisi apa2 lagi pagi ini..sempat juga saya pelawa kawan untuk menemani saya makan di sebuah gerai. Gerai ni kadang-kadang menjadi tempat saya menjamu selera di awal pagi kerana terletak hampir dengan opis saya. Lagupun terasa malas untuk berjalan jauh...sampai aje di gerai tersebut saya terus oder roti canai sardin... Alahai sayangnya takde pula roti canai sardin kat gerai ni, yang ada roti canai telur dan kosong je...merungut rasa hati nie kerana terpaksa tukar menu yang lain..pekena roti canai telur dan teh o' beng..ok juga untuk menyembunyikan ketidakpuasan hati saya. Dalam 2 minit menjamah roti canai di hadapan saya, tiba-tiba ada seorang pakcik nie dalam lingkungan umur 50-an bertanya pada pemilik gerai nie yang duduk di kaunter...kaunter ni betul2 depan meja saya.

Pakcik : Ada nampak tak hp saya atas meja kat situ?

pemilik gerai: takde...(dengan selamba je menjawab)


Saya yang sedang berselera makan terus berhenti menyuap makanan...saya rasa ingin tahu apa yang berlaku pada pakcik nie. Kebetulan juga pakcik nie terpandang saya.

saya : kenapa pakcik?

Pakcik : hp pakcik hilang..letak atas meja tue..baru je kejap bangun nak bayar dah
takde...


Kemudian sampuk plak pemilik gerai tue, dia cakap try misscall la dengan pakcik tue...dalam pikiran saya macam mana la pakcik nie tadi nak misscall hp dia sedangkan hp dia dah hilang..kawan saya yang ada semeja menghulurkan hpnya untuk digunakan oleh pakcik tadi..dia cuba dail no telepon nya..kali pertama tidak berjawab dan kali kedua pun tidak berjawab..dalam hati saya sahlah hp pakcik nie dah kena copek dengan si empunya diri yang tak bertanggungjawab dan tiada belas kasihan..
saya sungguh simpati dengan pakcik tue yang datang dari Shah Alam untuk hantar anaknya sambung pengajian di UiTM Kota Bahru. Sebelum berlalu sempat juga pakcik tue menelepon anaknya untuk bagtau hpnya hilang.

Saya pun tak pasti siapa gerangan insan yang sanggup mencuri hp pakcik nie..mungkin juga pekerja di gerai ini yang saya perhatikan dari tadi melihat reaksi saya dan pakcik nie..apapun saya tidak boleh menuduh tanpa sebarang bukti..orang kata rambut sama hitam tapi hati lain2..hanya Allah s.w.t je yang tahu siapa si pencopek tue....